Thanks NR YuMmie for the tag… cuppies raya tak ada sekali ke?? muaahahaahaa

Sekarang ni dah jam 11.45mlm, Irfan and papaIrfan dah lena, mak napi sekeluarga baru balik dari rumah kami, biasa lah… mereka datang beraya :D Selagi Syawal tak habis selagi itulah budaya kunjung mengunjung untuk berhari raya tak akan habis… Mata ni dah mengantuk, tapi bila nampak jer ada tag Raya dari NR YuMmie, terus decide nak buat, baik buat sekarang… kalau bertangguh nanti pasti ianya takkan terbuat sampai raya tahun depan! hahaahaa

1. Berapa pasang baju raya aku tahun ni dan apa pulak warnanya?

Mama and Papa Irfan buat sepasang baju raya jer.. Irfan saya buatkan 3 pasang, sebab selalunya dia akan tukar baju at least 3 kali masa raya pertama, jadi nak dapatkan Irfan berbaju Melayu sampai ke malam, saya buatkan lah tiga pasang.. hehehe dan warna baju raya kami tahun ni bertemakan ‘light brown’ :D

2. Apakah makanan tradisional raya kegemaran aku?

Memang banyak makanan tradisional kegemaranku!! Yang paling disukai adalah Lemang bakar (made by abah), ketupat nasi makan dengan ayam masak kacang (made by my mak), lontong, sambal goreng, dan rendang dendeng adalah diantara yang saya suka juga.. banyak lagi yang lain, tapi kebanyakan makanan tradisioanal raya memang saya suka :D

3. Apakah biskut raya kegemaran aku?

Nie pun ada banyak… tapi dari dulu kini dan selamanya yang akan menjadi ‘the most’ kegemaranku adalah tart nenas hihihi

4. Berapa banyak duit raya aku dapat tahun ni dan berapa pulak aku spend?

Tahun ni tak dapat duit raya… selalunya mr.meor akan bagi tapi tahun ni tak ada sebab dia nak guna banyak duit untuk rumah baru, I pun tak kisah.. hihihi tapi ada juga Irfan bagi RM1 ari tuh hahaha and berapa dah spend emm tak banyak pun… macam tahun-tahun sebelumnya cuma guna RM300 untuk bagi duit raya pada budak² yang datang beraya.

5. Aktiviti malam Raya Aku?

Seperti kebiasaannya, papa Irfan akan ke masjid untuk bertakbir dan seterusnya ikut jemaah bertakbir dari rumah ke rumah, kami di rumah akan bersiap untuk sediakan juadah sikit untuk jemaah yang datang bertakbir… Kemudian I akan masukkan biskut raya dalam balang biskut… Iron baju raya untuk esok dan sebelum tidur adalah waktu untuk masukkan duit raya dalam sampul hehehe Tahun ini kerja semakin mudah sebab Irfan dah pandai tolong masukkan duit dalam sampul hehehe tapi duit untuk anak buah, adik beradik dan mak sedara and pak sedara saya masih kena buat sendiri sebab jumlah berbeza-beza mengikut priority hihihi :D

6. Mangsa tag raya kali ini..

emm mata dah mengantuk, boleh tak kalau saya tak orang? tak ada peraturan apa-apa kan? hihihi nite…

Category: Bahasa
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
2 Responses
  1. NR YuMmiE says:

    thanks MamaIrfan for sharing your experience… :)

    My Reply;
    you are welcome.. :)

  2. [...] mamairfan Hari raya tag [...]

    My Reply;
    Saya dah kena tag raya ni, thanks for tagging me again.. :)

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>