Archive for the Category »Bahasa «

Bahasa Malaysia ku..
Rasa terpanggil nak bercakap dalam Bahasa Malaysia selepas membaca isu PPSMI di beberapa laman blog, mereka kata Bahasa Malaysia perlu digunakan sepenuhnya untuk menunjukkan rasa cinta kita pada bahasa ini. Tapi bagi aku senang, cinta dan sayang tak semestinya di tunjukkan dalam bentuk perbuatan. Tidak semestinya apabila aku tidak menggunakan bahasa Malaysia dalam blog menunjukkan aku ni penghianat bangsa atau aku tak cintakan bahasa dan tanahairku. Aku tetap cintakan bahasa dan negaraku tercinta walaupun aku suka lagi menggunakan Bahasa Inggeris di dalam penulisan blog aku. Alasanku mudah dan tegas, aku mahu memperbaiki kemahiran Bahasa Inggerisku yang semakin hari semakin pudar makan dek zaman kerana jarang sekali aku dapat mempraktikkannya bersama rakan sekerja yang ada sekarang. Keadaan sekeliling membuatkan aku untuk tidak bercakap dalam Bahasa Inggeris. Aku terima realiti kehidupanku… Namun,  kesedaran dalam diri akan kepentingan Bahasa Inggeris yang telah lama wujud dalam diriku membuatkan aku tidak jemu berusaha untuk terus menguasai bahasa tersebut.
Segalanya bermula dengan perjalanan hidupku yang terpaksa belajar menggunakan Bahasa Inggeris untuk mendapatkan ilmu yang hanya dikuasai oleh orang Inggeris. Ia membuatkanku sedar betapa pentingnya terhadap penguasaan bahasa asing itu. Mahu atau tidak aku terpaksa. Jika tidak pengajian tidak dapat diteruskan. Kuteruskan pembelajaranku dalam Bahasa Inggeris hingga tamat. Adakah kesan daripadanya aku tidak lagi mencintai bahasaku? Jawapannya adalah tidak! Tidak sama sekali, kerana aku tetap sayangkan negara dan bahasa kelahiranku. Sejauh mana kaki ini melangkah, sebanyak mana bahasa asing kupelajari, dihatiku tetap terpahat Bahasa Malaysiaku tercinta.
Pengalaman hidupku membuktikan, peningkatan teknologi dalam tamadun bangsa itu sendiri perlu untuk menaikkan martabat bahasa itu sendiri. Contoh terdekat yang kita boleh ambil adalah negara Jepun, mereka membangunkan teknologi negara mereka dengan bahasa mereka sendiri, oleh itu, sesiapa yang mahu belajar mengenai pembangunan teknologi mereka perlu mengetahui Bahasa Jepun untuk mendapatkan ilmu teknologi mereka. Mereka tidak perlukan bahasa Inggeris. Maka, begitulah yang perlu kita ada sekiranya kita mahu memartabatkan Bahasa Malaysia kita. Apa guna jika kita asyik memperjuangkan martabat Bahasa Malaysia untuk di letakkan sebagai bahasa yang paling penting dalam rakyat Malaysia sedangkan hakikat yang dihadapi dan dilalui kebanyakkan rakyat Malaysia adalah sebalik nya? Fikirkan lah…

Isu ini agak sensitif untuk di teruskan.. Aku hanya meluahkan apa yang aku fikirkan berdasarkan pengalaman hidupku yang sedikit. Pastinya ia berbeza dengan yang lain… harap coretan ini tidak mengguris hati pejuang bahasa yang saya hormati di atas usaha murni mereka. Semoga perjuangan kalian beroleh kejayaan!

Aku rasa cukup memadai untuk aku memulakan perjuanganku dengan tidak menggunakan perkataan “gua” dan “lu” dalam penggunaan Bahasa Malaysia seharian… Untuk aku turut serta berjuang memartabatkan bahasa di  jalanan, berpanas seharian, memang diri ini tidak mampu. :)

Bahasa Jiwa Bangsa?

mamairfan-signature7

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
Category: Bahasa  9 Comments

yayyyy Hari ini kami berjaya bawak Irfan menonton wayang :D Mula² berdebar juga, takut dia menjerit dalam tu, tapi Irfan ok walaupun dia tertidur pada 10 minit yang terakhir! hahaahaaha iya, betul, tertidur dan tiba di rumah dia tanya apa kesudahan cerita Upin & Ipin tue hahaha lawak jerr Irfan nih. Salah mama juga sebab beli tiket jam 3.20 ptg, selalunya waktu macam ni adalah waktu nap time dia huhuhu next time mama beli tiket awal sikit yer Irfan :D

more…

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks

Thanks NR YuMmie for the tag… cuppies raya tak ada sekali ke?? muaahahaahaa

Sekarang ni dah jam 11.45mlm, Irfan and papaIrfan dah lena, mak napi sekeluarga baru balik dari rumah kami, biasa lah… mereka datang beraya :D Selagi Syawal tak habis selagi itulah budaya kunjung mengunjung untuk berhari raya tak akan habis… Mata ni dah mengantuk, tapi bila nampak jer ada tag Raya dari NR YuMmie, terus decide nak buat, baik buat sekarang… kalau bertangguh nanti pasti ianya takkan terbuat sampai raya tahun depan! hahaahaa

1. Berapa pasang baju raya aku tahun ni dan apa pulak warnanya?

Mama and Papa Irfan buat sepasang baju raya jer.. Irfan saya buatkan 3 pasang, sebab selalunya dia akan tukar baju at least 3 kali masa raya pertama, jadi nak dapatkan Irfan berbaju Melayu sampai ke malam, saya buatkan lah tiga pasang.. hehehe dan warna baju raya kami tahun ni bertemakan ‘light brown’ :D

2. Apakah makanan tradisional raya kegemaran aku?

Memang banyak makanan tradisional kegemaranku!! Yang paling disukai adalah Lemang bakar (made by abah), ketupat nasi makan dengan ayam masak kacang (made by my mak), lontong, sambal goreng, dan rendang dendeng adalah diantara yang saya suka juga.. banyak lagi yang lain, tapi kebanyakan makanan tradisioanal raya memang saya suka :D

3. Apakah biskut raya kegemaran aku?

Nie pun ada banyak… tapi dari dulu kini dan selamanya yang akan menjadi ‘the most’ kegemaranku adalah tart nenas hihihi

4. Berapa banyak duit raya aku dapat tahun ni dan berapa pulak aku spend?

Tahun ni tak dapat duit raya… selalunya mr.meor akan bagi tapi tahun ni tak ada sebab dia nak guna banyak duit untuk rumah baru, I pun tak kisah.. hihihi tapi ada juga Irfan bagi RM1 ari tuh hahaha and berapa dah spend emm tak banyak pun… macam tahun-tahun sebelumnya cuma guna RM300 untuk bagi duit raya pada budak² yang datang beraya.

5. Aktiviti malam Raya Aku?

Seperti kebiasaannya, papa Irfan akan ke masjid untuk bertakbir dan seterusnya ikut jemaah bertakbir dari rumah ke rumah, kami di rumah akan bersiap untuk sediakan juadah sikit untuk jemaah yang datang bertakbir… Kemudian I akan masukkan biskut raya dalam balang biskut… Iron baju raya untuk esok dan sebelum tidur adalah waktu untuk masukkan duit raya dalam sampul hehehe Tahun ini kerja semakin mudah sebab Irfan dah pandai tolong masukkan duit dalam sampul hehehe tapi duit untuk anak buah, adik beradik dan mak sedara and pak sedara saya masih kena buat sendiri sebab jumlah berbeza-beza mengikut priority hihihi :D

6. Mangsa tag raya kali ini..

emm mata dah mengantuk, boleh tak kalau saya tak orang? tak ada peraturan apa-apa kan? hihihi nite…

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
Category: Bahasa  2 Comments

Hari ini dah masuk 7 Syawal 1429H, bermakna sudah tujuh hari umat Islam merayakan Hari Raya Aidilfitri. Masih sempat lagi nih saya nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam mahupun yang bukan Islam yang bersama-sama merayakan Aidilfitri. Sebelum Syawal hari tu memang betul² tak sempat nak post Raya wish dalam blog. Sibuk dengan membuat biskut raya lah, masak lauk lah dan segala  persiapan raya yang lain… Hihihi part yang best this year tak perlu nak pack² baju untuk balik kampung since we are no longer live in KK so nak balik kampung dah senang, semua sumbat masuk dalam kereta!  hehehe

Tahun ni kami beraya bersama keluarga mydearhubbychubby, bermakna kami beraya di rumah ibu mertuaku. Biasa lah ikut turn untuk adil dan saksama hehehe Actually, I don’t mind beraya di mana pun sebab mana² pun sama yang penting kami dapat bersama bertiga; Irfan, mama irfan dan papa irfan :D Tahun nie, Irfan dah tiga tahun, dah pandai bersalam dan ucap selamat hari raya hehehe so bertambah seronok sebab dia enjoy setiap kali ada orang datang beraya ke rumah mahupun tiap kali kami pergi beraya rumah saudara mara atau kawan-kawan. Dia pun dah excited bila dapat duit raya! Tahun lepas everytime dapat duit raya dia biasa je, tapi tahun ni siap kira lagi!!! hahahaa  :D Irfan suka makan ketupat dan kuah kacang, tapi lemang dan rendang dia kurang sikit, maybe rendang yang dia makan pagi raya tu pedas sangat hehehe tapi mama dan papa Irfan makan memang banyak, semua sedap lah katakan! hahaha :D

Hari raya memang hari yang kami nanti-nantikan… masa ini lah nak berjumpa saudara mara dan kawan² yang lama tak jumpa… sebab masa ni usually semua orang cuti and balik kampung berkumpul bersama keluarga jadi peluang untuk berjumpa memang ada… so bila dah jumpa biasa lah kan… ‘gossipping and makanning then bermaafing!!’… memang seronok :D Petang hari raya pertama tu kami sempat pergi Penang, jumpa Mama Eni Irfan (Irfan’s nanny while we were in KK) , happy sangat! tak terasa penat bila dapat berjumpa orang-orang yang kita rindu dan sayang… :D rasa tak puas jumpa Mama Eni petang tue.. Kalau beraya dengan keluarga mydearhubbychubby ni memang banyak berjalan ke rumah saudara mara dan tahun nie lagi hebat sebab mak nak beraya ke semua rumah besan. So apa lagi, kami bawak lah ke semua rumah besan mak termasuklah rumah bonda ku untuk menunaikan hajat ibu mertuaku hehehe memang raya sakan! :D

So, minggu ni dah start kerja, jemputan rumah terbuka dah tersenarai… Ahad lepas jiran kami dah jemput ‘open house’ diikuti rumah Adi Khamis ni, sabtu ni je ada 3 jemputan ‘open house’ termasuk rumah ismazaidi uwaaaaa macam mana nak kuruskan balik badan nih!! pingsannnnnn!!! selagi tak habis Syawal selagi itulah badanku semakin naik bagai dipam-pam!! uwaaaaaa i need help! serius!!! tapi raya setahun sekali rite? so.. LANTAK!! muahaahahaa Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Minal Aidil wal Faizin.. mohon maaf zahir dan batin… teruskan bergembira di bulan Syawal yang mulia ini!

Ini pose raya kami tahun nie dengan ibu mertuaku … we are in the light brown theme hihihi :D

psst… foto lain tak ada, forgot charge the battery so ini jer yang dapat share hehehe jangan mare, and Salam Eid Mubarak!!

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
Category: Bahasa, myLife  4 Comments

I  nak buat lawak ke?

NOPE! tapi nak luahkan rasaaaaaaaa gerammmmmm dengan Irfan!!

Pernah tak anak you all pikir yang they all lebih bijak dari korang??

In my case, YES!! Irfan always think that he is smarter than me! and ini buat I gerammmm sangatttttt..

He always make me peningggggggggggg sebab…

  1. Apa yang I suruh dia buat sureeeeee dia akan minta penjelasan sampai dia betul² puas hati and sometimes I hilang sabar untuk jawab…
  2. Apa yang dia tanya pada I, I akan jawab.. TAPI dia akan tanya balik soalan yang sama pada Papa dia, IF papa answered him with the same answer as mine THEN BARU IRFAN AKAN TERIMA MY ANSWER! gerammm kan? He thinks mama not smart enuf to answer that question! duhhhh
  3. This part memang paling I tak suka, which is everytime I wanna tell him that what he said is wrong, sure he refused to listen then siap bagi tau lagi yang I pulak yang salah!! can or not!!??? That’s whyyyyy until now he’s still confuse between green and blue! sebab, everytime mama said that car is blue, then sure dia jawab ” no lah mama, that is green, apa lah mama, mama salah, Irfan pandai…” … rasa mahu cubitttt jerrr!
  4. Other part, he sometimes purposely take opposite action from what I said, ie; He told me that he wanted to put on his white shoes dan mama pun kata ok and dia pakai, then after i said “cantik Irfan pakai kasut putih hari ini..” then dengan sengaja dia tukar ke kasut hitam sebab dia kata “putih tak cantik lah mama… apa lah mama ni” and I said “ok… that black shoes look handsome on you too” and then dia tukar balik ke kasut putih!!!!!!!! sambil berkata ” takkkk tak handsome punn… apa lah mama ni..” so, I diam.. and after a while dia tanya papa “papa, handshemmm tak eefan?” I rasa macam nak kokot his telinga!! gerammmmm - ini sengaja rite?

This morning………

irfan: mama, eefan pandai! eefan basuh tangan sendiri lepas toilet (pee pee)

mama: wahhh clever anak mama!

irfan: pandai kan mama… mama tak pandai eefan pandai…

mama: irfan pandai, mama pun pandai n papa pun pandai, semua orang pun pandai…

irfan: nooo mama tak pandai…

ok… it was a looong conversation actually, but i gerammmmm sangat to jot it back here huhuhuhu for him I tak pandaiii??? ihh geram betul! Masalah BESAR dah timbul dan memerlukan tindakan, A.S.A.P! huhh

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks